Meroti...meroti...lagi...dan lagi...
Dah lama mama idamkannya...Akhirnya sudah menjadi milik dan terletak baik di penjuru dapur..Selamat datang Mr.Kenwood..(sila jalankan tugas anda dengan sebaiknya ye..)
So far dah test banyak kali guna Mr.Kenwood ni..Hasilnya amat memberangsangkan..Kiranya pembelian yang berbaloi-baloi..
Yang seronoknya tercapai hasrat nak sedekahkan hasil meroti Mr.Kenwood pada anak-anak yatim.... Bila tengok mereka makan hasil usaha mama...rasa tak terucap..Rasa bahagia dan seronok sangat..Bila MEMBERI kita MENDAPAT rasa bahagia sebagai ganjarannya..
Mr.Kenwood tersembunyi malu belakang Projek Telur Asin Izati
Sepanjang minggu lepas mama meroti tak henti-henti...Maka minggu ni ayah suruh rehat (kesian katanya asyik tengok mama meroti..penat katanya..). Ayah! yang patut dikesiankan tu Mr.Kenwoodlah..he3,Asyik kena menguli aje sepanjang minggu..Yelah mama tengah jakun dapat barang baru..he3. Harap tak jadik tukun Mr.Kenwood tu bila kejakunan mula hilang...
Roti sosej dan kacang merah percubaan pertama (kira OKlah..)
Donut yang disaluti coklat dan disprinkle dengan jayanya..
Hasil meroti buat anak-anak yatim sempena lawatan opismate ayah dan keluarga kesana..